Monday, 4 March 2013

0 Kursus Infosys Java Stream Fast Track :)

Assalamualaikum Semua ,

Alhamdulillah, Kursus Infosys Java Stream Fast Track telah tamat dengan jayanya pada 1 Mac 2013 selepas 39 hari berlangsung di GMI Kajang. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infosys Malaysia, Professor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid (VC UNIMAS), juga dihadiri beberapa tetamu kehormat lain dan diadakan dengan begitu meriah di Equatorial Hotel Bangi pada malam 1 Mac 2013.

Di sini, saya mahu merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Fakulti FSKM UiTM Malaysia sebagai penganjur program, dan pihak pengurusan UiTM (Terengganu) yang banyak memberi sokongan. Berikut adalah lakaran kejayaan peserta dari UiTM (Terengganu) di kursus tersebut yang turut disertai oleh 99 pelajar kesemuanya dari UiTM Malaysia, UiTM(Terengganu), UiTM Kedah, USIM dan juga UNIMAS.

10 Peserta Terbaik
- Tempat Pertama: Raja Hafiz (CS230), hadiah: Plak + Samsung Galaxy Note II
- Tempat Ke-6: Dzulhafiz Abdul Rahim (CS230): hadiah Plak

Kumpulan Terbaik
- Azrulnizam Bin Abd Ghani (CS230) - Project Leader,
- Ahli Kumpulan: Arief Hilmi Bin Jumadi (CS230), peserta dari UNIMAS, UiTM Malaysia, UiTM Kedah dan USIM
- Hadiah: Hamper + Plak

Peserta diberikan satu projek akhir (Courier System) yang perlu dibangunkan menggunakan platform Java Enterprise Edition (JEE): JavaServer Pages (JSP), Oracle, dan Tomcat. Satu kumpulan dianggotai 11 orang pelajar yang mana masing-masing diberikan jawatan mengikut alam kerja sebenar seperti Project Leader, Module Leader, Developer (4 orang), Database Administrator, Software Quality Analyst, dan Configure Controller. Mereka akan dinilai bukan sahaja dari segi sistem yang dibangunkan, juga dokumentasi laporan, pembentangan, kerja berkumpulan, dan sesi soal jawab bersama juri. Pembentangan berlangsung dalam tiga sesi selari (parallel session) di tiga buah makmal berasingan pada pagi 1 Mac 2013.

TAHNIAH & SYABAS juga kepada semua 27 peserta dari UiTM (Terengganu) yang telah berjaya tamatkan kursus ini.
 




 
 #dipetik dari post Encik Zawawi dr group SISKOM CLUB (UiTM KAMPUS DUNGUN) :)

0 orang berbincang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...